WELCOME TO SALWANIE LIFEE

HI DISINI TEMPAT KU MELUAHKAN RASA DAN TERCORETNYA SEGALA LUAHAN HATI DAN KISAH HIDUPKU..

Saturday, January 14, 2012

Apakah itu cinta??

assalamualaikum kepada semua yang sudi membace blog saya yang tidak seberapa ini,,,

hari ini kali ini saya ingin membicarakan tentang cinta.. entah kenapa dengan tiba-tiba hati saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini.. mungkin kerana saya pun pernah bercinta dan begitu juga dengan kawan-kawan semua.


cinta adalah satu perasaan yang suci dan murni.. ianya hadir dengan secara tiba-tiba tanpa kita sedari.. akan tetapi pada zaman ini masih wujudkah cinta sejati yang benar-benar tulus ikhlas .. jika kita lihat sendiri dengan mata kita pasangan bercinta kini kelihatan umpama seperti orang yang sudah berkahwin layaknya, kenapa? ialah jika kamu melihat pasangan yang bercinta berjalan di mall atau di taman-taman rekreasi karenah mereka dan kelakuan mereka terkadang akan menjengkelkan orang yang melihatnya. mana tidaknya ada antara mereka yang berpeluk dan bercium di hadapan orang ramai tanpa ada perasaan segan silu. dimanakah letaknye tahap kemaluan mereka??? 


kini banyak kes pembuangan bayi yang kita dapat lihat,,,, hal ini kerana terdapat pasangann  yang bercinta yang bertindak di luar kawalan dan tahap keimanan mereka ,,, tidakkah mereka sedar yang mereka melakukan kesalahan yang besar kerana telah membuang bayi mereka yang mereka lahirkan kononnya atas rase cinta mereka,,, inilah adalah percintaan yang salah...


cinta seharusnya dijalani dengan penuh ikhlas dan jujur dan bagi yang beragama islam seharusnye bercintalah di atas landasan yang betul... jangan hanya kerana nafsu semata2 kerana cinta atas dasar nafsu mustahil ianya akan berkekalan, oleh itu bersamalah kita membimbing pasangan yang dicintai agar menjadi orang yang baik dan sentiasa melakukan kebaikan dan menuju kearah yang mulia bukannya menuju ke jlan kegelapan........ jangan lah kita mudah mendengar hasutan syaitan.


CINTA ITU SEMEMEMANGNYA INDAH JIKA KITA TIDAK MENJURUS KE ARAH YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM TETAPI CINTA ITU AKAN MENJADI HINA BILA KITA MENDENGAR HASUTAN SYAITAN UNTUK MELAKUKN PERBUATAN YANG TERKUTUK SEMASA KITA BERCINTA!!!
salwanie creTE it... kalu suke komen lew ye ^^

 
salwanielife